Tuesday, August 5, 2008

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang
mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin
kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung
sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita
memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu
sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel
hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya
titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak
tertumpah.

Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung
tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan
muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api
akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula
yang terjadi .

Dinasihatkan:

Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan
minyak telah berhenti mengalir.

No comments: